[TERKINI] Jijik! ayam diletak di lantai, KPDN serbu premis penyembelihan di Puchong

2024-10-29 407

Pensijilan Halal digantung serta keadaan premis sembelihan ayam dikesan beroperasi dalam keadaan jijik dan kotor. Itu penemuan baharu serbuan yang dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menerusi operasi Kita Gempur di kawasan perindustrian Puchong pada Selasa malam. Bukan sekadar kotor, anggota penguatkuasa KPDN turut mendapati bekalan ayam yang telah disembelih juga diletakkan diatas lantai yang berlumut dengan dinding tempat penyembelihan berdaki serta berkarat.